Kipas Susah Mati

Luahan Hati

|
Percaya atau tidak. Adakah ini satu kebetulan. Tapi takda benda yang terjadi secara kebetulan dalam dunia ini, pasti yang di atas telah merancang sesuatu.

Kalau aku cakap ada seseorang yang mampu membaca apa yang terkandung dalam hati ini dengan hanya menekan-nekan tapak tangan kita? Nah kalian percaya?

Aku : Bang, saya pulak bang. Cuba abang tengok.

Bro : mai tapak tangan. *sambil menekan-nekan tapak tangan.. ermmmm..

Aku : *Tunggu penuh sabar

Bro : Kau ni suka kan seseorang dalam diam ek? Kau segan nak luahkan isi hati kau kat dia. Jiwa kau terasa kosong. Dik, luahkan lah kat dia.

...........................

p/s : Kadang-kala, senyap itu perlu. Kalau itu mampu mengelakkan kelukaan antara dua belah pihak, walau akhir nanti pasti suatu pihak yakni diri ini yang akan terluka, kerna yang pergi akan terus pergi.. jauh.

subway

|
Ketagihan yang melampau. boleh dikatakan setiap hari kalau tak merasa dadah ni jiwa aku tak tenang.

Dan aku sanggup tak makan nasi, kalau dapat benda alah ni saja =)




















p/s : kalau cinta umpama subway pun okay juga, tak akan pernah merasa jemu..

Dewi Aleeya

|
Aleeya berjalan di celah-celah orang ramai. Di dalam terowong itu, jauh di sudut tepi di atas tangga terduduk seorang mamat berambut panjang, kerinting, menutupi sebahagian wajahnya. Sambil memetik gitar berwarna pich. mendendang sebuah lagu...

"Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara.."

Keesokkan harinya, Aleeya sekali lagi berjalan melalui terowong itu. Kali ini, tidak pusu-pusu manusia di situ. Sekali lagi Aleeya terdengar alunan suara itu, lagu itu, tetap sama.

"Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku.."

Suara yang persis Black Mentor itu masih kedengaran. Ahh lunak sungguh suara itu. Rasa ingin tahu membuak-buak. Aleeya berjalan terus berhadapan dengan mamat itu. Masih lagi mamat itu mendendangkan lagu itu tanpa jemu.. walau tiap kali lagu yang didendangkan itu adalah lagu yang sama.

"Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku"

"Awak.. awak ni siapa?"

Pelan-pelan wajah itu menjawab. "Saya mencari Aleeya. Dewi Aleeya Natasha".

Dan mamat itu mendongak. Rambutnya yang tidak terurus berterbangan ke tepi ditiup angin. Dan terpancar jelaslah wajah itu. Wajah yang 10 tahun lamanya Aleeya mencari.

"Sol..! Sol, ini Aleeya. Aleeya yang Sol cari selama ini..."

...............................................

Cos I tried so hard to find her.
Should I hold my breath
Now she's looking at me.
And I hope she knows I want her.

Kawan

|
Ana : Pijoy, kau dah sombong kan sekarang.

Pijoy : Mana ada. aku macam biasa je lah.

Ana : Eleh kau. Dengan aku pun tak berborak sekarang. Kau dah lain.

Pijoy : Kau ke aku yang dah lain. Kau kan dah ada boyfriend baru. Yang boleh dengar masalah kau, luahan hati kau. *Tapi aku tetap kawan baik kau sampai bila-bila.

.........................

"True friendship is one that lasts even though one friend's sole has left this earth"

buat gadis yang bernama lisa surihani

|
pejam mata
hati bertanya
siapa saya rindu ini kala

jawab lagi hati
saya rindu lisa surihani
sumpah rindu sampai mati

andai lisa tahu
dunia pasti berlagu
hujan pasti berderai sayu
lantas rumpun-rumpun menari layu
syahdu..
terharu..

i .. love.. you

.........................

bila malam

|
malam
fikir aku tentang kau begitu dalam
sedalam lautan puas aku selam
biar tanpa cahaya.. kelam
yang penting rasa itu cinta.. walau hanya dalam diam
kerna itu sebaik-baik cinta hawa terhadap adam

...............

Suatu hari di So far so good sdn bhd

|
Zura : weyh, aku rasa nak demam lah.

Fahim : kau nak ubat demam? Nah, amek lah.

Zura : err.. nak telan ubat ni tapi tade air suam.

Lalu Zura keluar entah ke mana. Selang beberapa minit, Zura kembali. Kelihatan segelas air suam bersebelahan ubat itu.

Zura : (dengan perasaan terharu ).. THANKS fahim :)

Fahim : ... :)

................................................

We'll never part
Through sickness and health
You are my heart
I love you more than I love myself

Klik untuk support blog ni :)